Tinta Pengetua

  • Print
Font:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, SMA Al Maarif dapat membangunkan laman web sendiri setelah pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa diharungi dalam usaha penubuhannya. Pembinaan laman web ini adalah dengan matlamat meningkatkan kualiti pengurusan ke arah kecemerlangan pelajar. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah mengembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan laman web ini. Saya berharap agar pembinaan laman web ini menjadi landasan dalam penyalurkan dan perkongsian  maklumat yang berguna kepada semua.

 

 

Profesional, Disiplin dan Budi merupakan motto rasmi pengurusan sekolah yang bermatlamat untuk menjadikan  pengurusan dan pentadbiran sekolah secara professional yang berteraskan disiplin dan budi. Motto ini merupakan teras kepada segala gerak kerja warga Al Maarif ke arah melonjakkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Justeru, pembinaan laman web ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga Al Maarif dan masyarakat terutamanya ibu bapa dalam membantu pihak sekolah meraih kejayaan. Kejayaan yang telah dikecapi hari ini adalah berkat sokongan ibu bapa dan diharapkan iainya sentiasa berterusan. Gabungan guru dan ibu bapa dalam menggerakkan potensi pelajar amat penting, ibarat  Bukit sama didaki. Lurah sama dituruni. Janganlah kita menjadi  enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sebaliknya kita perlu menjadi seperti aur dengan tebing dalam membantu merealisasikan harapan ibu bapa, hasrat guru dan impian pelajar.

 

Justeru, usaha pembinaan laman web ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif pengurusan sekolah untuk memberi kemudahan kepada semua dalam mendapatkan maklumat terkini dan sebagai medium utama yang menghubungkan sekolah dan masyarakat agar lebih memahami pengurusan sekolah.

 

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat dijadikan panduan agar usaha yang berterusan dapat dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah dalam usaha untuk memantap dan memajukan pendidikan sekolah SABK .Dengan terhasilnya  laman web sekolah, adalah diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua warga sekolah untuk membestarikan sekolah secara menyeluruh dan terancang.

 

Saya  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan laman web sekolah ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua warga pendidik dan  warga sekolah keseluruhannya.

 

TN HAJI ABU TALIB BIN HAJI ABDULLAH, PPN

PENGETUA SMA AL MAARIF

FELDA BUKIT GOH, KUANTAN PAHANG