Guru Sukan
- Details
- Category: Bidang Tugas
- Published Date
- Hits: 2805
TANGGUNGJAWAB GURU SUKAN & PERMAINAN DAN RUMAH SUKAN
Membentuk jawatankuasa.
Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan, kelas, tingkatan atau sekolah.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Menguruskan surat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan surat rawatan untuk ke pertandingan luar.
Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta pengurusan.
Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi.
Merancang aktiviti tahunan bersama guru rumah sukan.
Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah.
Merekod profil pemain dan pasukan yang cemerlang.
Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.