BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Menentukan kegiatan kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar.
Membuat analisa dan mengesan kemajuan dan kelemahan pencapaian kokurikulum dan mengambil tindakan positif bagi meningkatkan bidang tersebut.
Menjalankan pentadbiran dan penyusunan tentang hal-hal yang berkait dengan kokurikulum.
Mengatur rancangan dan jadual kokurikulum sesuai dengan takwim sekolah, zon, daerah dan negeri.
Membahagi-bahagikan pelajar mengikut kegiatan tertentu yang diadakan.
Menentukan bidang tugas guru-guru mengikut kegiatan yang diadakan.
Menyelaras kegiatan dan latihan supaya sesuai dengan hari, masa gelanggang dan padang.
Mengatur rancangan lengkap untuk acara sukan tahunan sekolah.
Menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kokurikulum untuk setahun.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti yang diadakan di peringkat zon, daerah dan negeri.
Menentukan segala keperluan alatan untuk kegunaan aktiviti kokurikulum dapat digunakan pada bila-bila masa.
Mengawas dan mengemaskini buku inventori sukan.
Menguruskan kenderaan atau pengangkutan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
Menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti kokurikulum.
Menyediakan laporan lengkap mengenai sebarang aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pihak sekolah.
Melapor kepada Pengetua segala perkara berkaitan kokurikulum yang difikirkan sesuai untuk pengetahuan Pengetua.
Mengadakan dan menghadiri menyuarat yang telah dirancangkan dari semasa ke semasa.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum termasuk melengkapkan papan kenyataan kokurikulum.
Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid.
Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.
Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti kokurikulum.
Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.
Memastikan borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa dikemaskini dan mencukupi.
Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.
TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB & PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN & PERMAINAN
Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
Menyelaras semua aktiviti aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk murid menyertai aktiviti.
Menentukan laporan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatakuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum seperti:
♥ Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang ditetapkan.
♥ Mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.
Menyediakan borang atau buku yang diperlukan untuk aktiviti iaitu:
♥ Borang penyertaan persatuan.
♥ Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.
♥ Buku laporan aktiviti.
Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan sekolah.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian dengan aktiviti MSSD, MSSN dan MSSM.
Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengagih dan menjayakan tugas baru dalam olahraga dan permainan.
Menetapkan murid dalam rumah sukan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktviti sukan dan keperluan peralatan.
Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam buku rekod pencapaian sukan sekolah.
Menghadiri kursus berkaitan sukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.
TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT ATAU PEMIMPIN
Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.
Memastikan setiap badan mempunyai perlembagaan dan peraturan sendiri.
Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif sekolah.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.
Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.
Mendaftar setiap kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan yang ditubuhkan.
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah, zon dan daerah dalam aktiviti yang dijalankan.
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
Memastikan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.
Mencadang nama ahli yang layak menerima anugerah atau sijil penghargaan daripada pihak sekolah.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program yang dijalankan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIF
FELDA BUKIT GOH
26050 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tel: +(609) 547 6151
Fax: +(609) 547 6170
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
{Last Update}