Guru Penasihat

Font:

TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT ATAU PEMIMPIN

 

Smile Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.

 

Smile Memastikan setiap badan mempunyai perlembagaan dan peraturan sendiri.

 

Smile Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif sekolah.

 

Smile Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.

 

Smile Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

 

Smile Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Smile Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

 

Smile Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.

 

Smile Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.

 

Smile Mendaftar setiap kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan yang ditubuhkan.

 

Smile Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

 

Smile Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah, zon dan daerah dalam aktiviti yang dijalankan.

 

Smile Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

 

Smile Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli.

 

Smile Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

 

Smile Memastikan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

 

Smile Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.

 

Smile Mencadang nama ahli yang layak menerima anugerah atau sijil penghargaan daripada pihak sekolah.

 

Smile Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program yang dijalankan.

 

Smile Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

MAKLUMAN @ AL-MAARIF

MEMORI D'AL-MAARIF

002779480

We have 89 guests and no members online

 

 

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIF

FELDA BUKIT GOH
26050 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Tel: +(609) 547 6151
Fax: +(609) 547 6170

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Last Update:
General update: 05/10/2017 03:02

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...