Penyelaras

  • Print
Font:

TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB & PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM DAN SUKAN & PERMAINAN

 

Smile Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

 

Smile Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

 

Smile Menyelaras semua aktiviti aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

 

Smile Menyediakan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk murid menyertai aktiviti.

 

Smile Menentukan laporan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

 

Smile Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatakuasa diadakan  setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

 

Smile Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum seperti:

♥ Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang ditetapkan.

♥ Mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.

 

Smile Menyediakan borang atau buku yang diperlukan untuk aktiviti iaitu:

♥ Borang penyertaan persatuan.

♥ Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.

♥ Buku laporan aktiviti.

 

Smile Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.

 

Smile Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan sekolah.