GPK Kokurikulum

  • Print
Font:

BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

 

Smile Menentukan kegiatan kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar.

 

Smile Membuat analisa dan mengesan kemajuan dan kelemahan pencapaian kokurikulum dan mengambil tindakan positif bagi meningkatkan bidang tersebut.

 

Smile Menjalankan pentadbiran dan penyusunan tentang hal-hal yang berkait dengan kokurikulum.

 

Smile Mengatur rancangan  dan jadual kokurikulum sesuai dengan takwim sekolah, zon, daerah dan negeri.

 

Smile Membahagi-bahagikan pelajar mengikut kegiatan tertentu yang diadakan.

 

Smile Menentukan bidang tugas guru-guru mengikut kegiatan yang diadakan.

 

Smile Menyelaras kegiatan dan latihan supaya sesuai dengan hari, masa gelanggang dan padang.

 

Smile Mengatur rancangan lengkap untuk acara sukan tahunan sekolah.

 

Smile Menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kokurikulum untuk setahun.

 

Smile Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti yang diadakan di peringkat zon, daerah dan negeri.

 

Smile Menentukan segala keperluan alatan untuk kegunaan aktiviti kokurikulum dapat digunakan pada bila-bila masa.

 

Smile Mengawas dan mengemaskini buku inventori sukan.

 

Smile Menguruskan kenderaan atau pengangkutan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

 

Smile Menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti kokurikulum.

 

Smile Menyediakan laporan lengkap mengenai sebarang aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pihak sekolah.

 

Smile Melapor kepada Pengetua segala perkara berkaitan kokurikulum yang difikirkan sesuai untuk pengetahuan Pengetua.

 

Smile Mengadakan dan menghadiri menyuarat yang telah dirancangkan dari semasa ke semasa.

 

Smile Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.