Visi

VISI

 

Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan menjelang tahun 2015.

 

 

 

Misi

MISI

 

Melahirkan murid-murid yang  seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani ke arah membentuk negara bangsa yang bersatu padu dan beridentiti nasional menerusi aktiviti kokurikulum.

 

 

 

 

Matlamat

MATLAMAT

 

Melahirkan pelajar yang aktif, berpotensi dan cemerlang dalam aspek perkembangan sosial, jasmani, psikomotor dan rohani supaya dapat menangani cabaran-cabaran ke arah matlamat wawasan 2020.

 

Matlamat di atas menegaskan betapa pentingnya perkembangan sosiaI sebagai objektif utama kegiatan kokurikulum. Perkembangan kesedaran, identiti dan kualiti individu, memperolehi sensitiviti, kemahiran dan perhubungan yang perlu beroperasi dengan berkesan dan kreatif di dalam kumpulan.

 

Semua guru dan ahli masyarakat boleh bersama-sama bergiat dalam kegiatan kokurikulum sekolah agar dapat lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.

 

Kegiatan kokurikulum dalam sukan dan permainan memberi peluang kepada perkembangan fizikal pelajar-pelajar. Manakala kegiatan luar pula seperti mengembara dan lawatan sambil belajar menggalakkan kecergasan kesihatan serta pertumbuhan kemahiran hidup dan keyakinan diri.

 

 

 

Motto

MOTTO

 

Kokurikulum Cemerlang Sekolah Gemilang.

 

 

 

Objektif

OBJEKTIF

 

1. Supaya pelajar-pelajar mempunyai minat dan bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan permainan bagi perkembangan diri dari segi kognitif dan fizikal.

 

2. Supaya pelajar-pelajar melibatkan diri dan aktif berpersatuan bagi memperkembangkan bakat kepimpinan sahsiah dan potensi diri.

 

3. Supaya pelajar-pelajar menceburi aktiviti unit beruniform bagi melatih mereka bekerjasama serta membina disiplin diri.

 

4. Supaya pelajar-pelajar dapat meningkatkan diri sendiri secara menyeluruh dan seimbang dalam kegiatan kokurikulum.

 

5. Supaya dapat meningkatkan perkembangan ketiga-tiga bidang kegiatan kokurikulum.

 

6. Supaya semua aktiviti  kokurikulum di sekolah menuju kejayaan.

 

7. Meningkat dan memperkembangkan bakat, minat dan kemahiran dalam bidang yang  diceburi oleh pelajar-pelajar secara menyeluruh.

 

8. Supaya perkembangan sosial, jasmani, kognitif dan rohani  seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

9. Dapat mengukuh, memperkaya dan memperluas interaksi, pengetahuan serta pengalaman pelajar yang di pelajari dalam kelas.         

 

10. Membina integrasi yang sihat di kalangan pelajar sekolah.

 

11. Supaya dapat mengisi ruang masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan membina diri.

 

12. Supaya dapat meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

 

13. Dapat memotivasikan pelajar-pelajar supaya sentiasa minat belajar dan datang ke sekolah.

 

14. Melahirkan pelajar-pelajar yang cekal, lasak dan fleksibel dalam segenap aspek kehidupan.

More Articles...

  1. Tujuan Gerakerja

MAKLUMAN @ AL-MAARIF

MEMORI D'AL-MAARIF

003816026

We have 25 guests and no members online

 

 

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIF

FELDA BUKIT GOH
26050 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Tel: +(609) 547 6151
Fax: +(609) 547 6170

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

{Last Update}

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...