TUJUAN GERAKERJA
Surat pekeliling Ikhtisas 1/1985 mengenai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia berkehendakkan setiap pelajar menyertai kesemua tiga bidang aktiviti kokurikulum iaitu:
♣ Olahraga dan permainan.
♣ Kelab dan persatuan.
♣ Unit-unit beruniform.
Surat Pekeliling tersebut menekankan empat perkara penting iaitu:
♣ Penyertaan yang diwajibkan.
♣ Jenis aktiviti di luar bilik darjah diperbanyakan.
♣ Cara yang lebih sistematik dalam pengelolaan aktiviti-aktiviti.
♣ Penyertaan orang dewasa/masyarakat setempat dalam aktiviti yang dirancang.
Buku Panduan Pengurusan Gerakerja Kokurikulum Sekolah menegaskan bahawa kokurikulum bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti dalam menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan pelajar.
Buku Panduan ini juga menerangkan bahawa bidang pendidikan gerakerja kokurikulum adalah berasaskan kepada tanggapan berikut:
♣ Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani.
♣ Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendirian rakan-rakan mereka.
♣ Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
♣ Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan negara.
♣ Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIF
FELDA BUKIT GOH
26050 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tel: +(609) 547 6151
Fax: +(609) 547 6170
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
{Last Update}